Biduanita dan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza membuat keputusan menarik diri daripada pencalonan bagi kategori Keluarga Selebriti Terhangat untuk Anugerah Melodi Terhangat (AMT).
Menerusi satu perkongsian di Thread, beliau menyatakan dia dah ahli keluarganya langsung tidak mengetahui mereka tercalon dalam kategori berkenaan.
“Assalamualaikum semua peminatku tersayang.. Terima kasih pihak Melodi kerana mencalonkan saya dan keluarga untuk kategori ini.
“Saya tidak tahu tercalon. Maaf sebab hendak beritahu, suami dan saya ambil kata sepakat untuk tarik diri dari kategori ini,” katanya
Oleh yang demikian, Tok Ti berkata, dia suaminya Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K sepakat untuk tidak bertanding dalam program berkenaan.
Pada masa sama, beliau turut menghargai sokongan yang diberikan peminat, namun meminta mereka untuk tidak mengundi beliau dan keluarga dalam kategori berkenaan.
“Peminat tidak perlu undi saya tau. Saya sangat hargai usaha kalian semua,” tulisnya.
Tok Ti dan keluarganya tersenarai dalam Top 10 bagi kategori Keluarga Selebriti Terhangat yang turut menampilkan keluarga Datuk Yusof Haslam, Ain Edruce, Maembong, Rozita Che Wan, Noor Kartini, Durian Kimchi, Datuk Seri Aliff Syukri, Syamel dan Datin Intan Najuwa. – KopiPlanet.com





