Majlis pelancaran dan pembukaan kedai emas Cindai Gold Palace berlangsung pada 31Oktober lalu di cawangan pertama yang terletak di Horizon Square, Sepang.
Acara itu semestinya dinanti ramai terutama bagi lebih 1,000 peserta yang telah menghantar penyertaan cabutan bertuah sejak diumumkan baru-baru ini.
Peserta cabutan bertuah berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk hadiah utama sebuah kereta BMW model G30 530.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) & Pengasas Cindai Gold Palace, Dato’ Sri Haji Zainal Omar, pengunjung berpeluang untuk memiliki rekaan barang kemas terkini dan menceburi bidang perniagaan emas pada acara pembukaan tersebut.
“Pengunjung berpeluang menikmati dan memiliki koleksi barangan kemas terkini dengan variasi rekaan moden yang eksklusif.
“Cindai Gold Palace membuka ruang dan peluang perniagaan emas bersama kami bagi mereka yang berminat menceburi bidang ini.
“Hadiah-hadiah menarik menanti para pengunjung menerusi sesi cabutan bertuah yang diadakan khas sempena majlis pelancaran ini,” kata beliau.
Mengulas tentang pemilihan Horizon Square di Sepang selaku lokasi untuk cawangan pertama Cindai Gold Palace, beliau mempuyai sebab yang kukuh serta pandangan tersendiri.
“Kedudukannya amat strategik serta berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Insya-Allah, kami berhasrat menjadikan lokasi ini sebagai hub pelancongan emas utama di Negeri Selangor khasnya, dan di Malaysia secara amnya,” katanya.

Dalam pada itu, Cindai Gold Palace juga mengutamakan pematuhan standard yang ditetapkan pihak-pihak berkuasa serta mengutamakan aspek integriti dalam menjalankan perniagaan emas.
“Komitmen penuh terhadap kelulusan dan pematuhan standard garis panduan pihak berkuasa termasuk Bank Negara Malaysia (BNM), Majlis Perbandaran Sepang, serta agensi-agensi kerajaan berkaitan.
“Kami juga mengutamakan soal integriti, tadbir urus yang telus serta pematuhan undang-undang sebagai teras perniagaan,” ujarnya lagi.
Memandangkan pada masa ini sistem pembelian emas untuk simpanan secara digital sudah semakin mendapat tempat, Zainal menyifatkan ia sebagai satu kemudahan terutama bagi mereka yang menjalani gaya hidup yang sibuk saban hari.
“Pembelian emas secara digital sebenarnya memudahkan pengguna masa kini yang mempunyai kekangan masa untuk membuat transaksi emas secara pantas dan selamat.
“Selain itu, ia juga dapat memberi fleksibiliti serta aksesibiliti tanpa memerlukan pelanggan hadir secara fizikal ke kedai emas,” katanya.
Cindai Gold Palace akan sentiasa memastikan aspek kepercayaan, keselamatan dan ketelusan kepada pelanggan terjaga rapi dalam setiap urusan pembelian emas.“Kami sentiasa memastikan setiap produk emas memenuhi standard ketulenan dan kualiti tertinggi.
“Selain itu, kami juga menawarkan rekaan emas terbaharu secara konsisten bagi memenuhi kehendak serta citarasa pasaran tempatan,” tambah beliau lagi.
Difahamkan, Cindai Gold Palace menyasarkan golongan umur pertengahan serta golongan muda bagi memupuk kesedaran mengenai kepentingan simpanan dan pelaburan emas.
Justeru, Zainal berkongsi visi serta perancangan dalam melaksanakan perniagaan emas menerusi Cindai Gold Palace.
“Kami ingin membina platform pemilikan emas yang mesra rakyat dengan bermula harga serendah RM50 sahaja. Selain itu, kami juga ingin memastikan seluruh lapisan masyarakat berpeluang memiliki dan menyimpan emas sebagai aset masa depan.
“Insya-Allah selepas ini, kami menyasarkan pembukaan sehingga 10 buah cawangan baharu menjelang 2027 menerusi perniagaan francais, bermula dari negeri Johor.
“Kami bakal menawarkan program francais berkonsepkan penyediaan 5 kilogram emas serta sokongan lengkap persediaan premis perniagaan emas bersama rakan niaga atau pemegang francais,” katanya.
Menyentuh tentang sambutan majlis pelancaran dan pembukaan, Zainal amat menghargai sambutan serta sokongan orang ramai yang ditunjukkan sejak sekitar awal Oktober lagi.
“Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas sambutan luar biasa daripada orang ramai. Promosi pembelian emas 10 gram sebelum ini membuka peluang kepada orang ramai untuk menyertai cabutan bertuah apabila ia melepasi 1000 penyertaan.
“Alhamdulillah, memang sudahpun melepasi angka itu. Pelbagai hadiah menarik yang disediakan, termasuk hadiah utama berupa kereta BMW, motosikal dan pelbagai hadiah iringan lain,” katanya.
Beliau juga menyeru kepada masyarakat untuk mula membuat simapanan dalam bentuk aset emas demi membina manfaat dalam jangka masa panjang.
“Saya ingin mengajak masyarakat untuk mula mengalihkan sebahagian simpanan wang tunai kepada bentuk aset emas bagi membina portfolio kewangan yang lebih kukuh dan berdaya saing.
“Orang ramai wajar mengambil peluang berdasarkan trend nilai emas semasa yang dijangka terus meningkat berlipat ganda pada masa hadapan,” ujarnya. – KopiPlanet.com




