EventHiburan

Konsert Reunion Spring: Ameng Masih Boleh Menyanyi Dengan Baik

Vokalis kumpulan Spring, Ameng berkata di kala usianya kini mencecah 52 tahun, dia tidak berhadapan kesukaran untuk menyanyi dengan baik.

Malah menurutnya sepanjang 28 tahun menghambakan diri dalam bidang seni, tidak pernah sekali pun dia menyanyi dalam nada sumbang serta merosakkan lagu.

“Saya masih boleh menyanyi dengan baik.  Sepanjang 28 tahun menyanyi, saya tak pernah pecah suara ketika buat persembahan dan tidak pernah juga dibaling telur oleh penonton.

“Untuk konsert reunion Spring, kami akan persembahkan 12 buah lagu hits kami.  Sekarang ini pun kami masih lagi dalam proses pemilihan lagu untuk konsert. Agak sukar juga nak pilih sebab kami ada lebih kurang 25 lagu yang pernah jadi hits,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert Kenangan Lalu Bersama Spring di Restoran D’Saji Titiwangsa, Kuala Lumpur hari ini.

Konsert tersebut akan diadakan pada 9 Mac ini bermula jam 7.30 petang di Restoran D’Saji Titiwangsa.

Yang menariknya showcase kali ini akan menggabungkan kembali kelima-lima anggota asal Spring iaitu Ameng selaku vokalis, Is (gitar utama), Zahar (gitar kedua), Empy (bass) dan Acong (drum) selepas kali terakhir mereka berkongsi satu pentas 15 tahun lalu.

“Yang pastinya konsert kali ini kami janjikan kelainan dari segi susunan muzik malah kami akan bawakan seorang artis jemputan dan seorang pemuzik popular pada malam itu nanti. Siapa dia? Kenalah datang showcase itu nanti.

“Antara lagu yang wajib kami persembahkan seperti Sampai Hati, Bourgenvilla, Butakah Cinta, Pesanan Buat Kekasih dan Sejiwa. Lima lagu ini memang sering dapat permintaan daripada peminat,” kata Empy.

Showcase Spring ini dibawakan oleh Felda D’Saji dan Best FB KL Concerts.

Tiket-tiket berharga RM100, RM150, RM200, RM250 dan RM300 (Meet & Greet) boleh dibeli di kaunter pertanyaan D’Saji Titiwangsa atau menerusi talian hotline 111-6950047 serta boleh layari laman web www.MyTicket.Asia.

Bagi pembeli tiket Meet & Greet, anda berpeluang beramah mesra dengan kumpulan Spring selepas konsert itu berakhir. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button