Cerita ArtisHiburan

Enggan Tambah Anak, Che Ta Pentingkan Kualiti Daripada Kuantiti

Walaupun sebelum ini Zain Saidin ada menyatakan hasrat untuk menambah bilangan cahaya mata, namun isterinya Rozita Che Wan atau Che Ta pula berpendapat sebaliknya.

Menurut Che Ta, dia mempunyai alasan yang tersendiri kenapa enggan menimang cahaya mata lagi dalam masa terdekat. Hasil perkahwinan dengan Zain, Che Ta mempunyai seorang anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana yang kini memasuki usia empat tahun.

“Saya memang seorang yang sangat sibuk. Orang memang nampak Aaisyah dah besar tapi kalau kita sibuk dengan beranak sahaja, bila masa kita nak tengok pembesaran anak-anak, lainlah kalau saya seorang suri rumah sepenuh masa.

“Bagi saya, saya tak perlukan kuantiti yang ramai dari segi bilangan anak, saya perlukan kualiti. Saya pun dah buktikan mampu besarkan anak-anak yang berjaya dalam pelajaran masing-masing.

“Masa mereka remaja inilah, saya kena jadi kawan mereka. Nanti dua-dua dah kahwin, mereka dah tiada masa nak bercerita dengan emak dah, lebih bercerita dengan isteri. Sebab itu saya tiada keinginan lagi untuk beranak. Nak fokus kat anak-anak yang ada sahaja sekarang,” kata Che Ta ketika ditemui pada majlis pelancaran Serum Anti Penuaan Nell Aesthetica di Hotel Royal Chulan Damansara, Petaling Jaya semalam.

Che Ta telah dilantik sebagai duta produk tersebut bagi tempoh setahun bermula Disember tahun lalu.

Selain itu, dalam perkembangan terbaharu wanita jelita itu baharu sahaja dilantik sebagai Ikon Kedah bersama-sama seorang lagi selebriti iaitu Janna Nick. Che Ta dan Janna akan bertandang ke Kedah dalam masa terdekat bagi melunaskan tanggungjawab terbaharu mereka itu.

“Saya bersama Janna terpilih sebagai Ikon Kedah memandangkan kami asal sana. Saya dan Janna akan turun padang menyertai program yang telah dirangka bagi mempromosikan Kedah, negeri tercinta saya,” katanya.

Untuk menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-45, Che Ta akan sekali lagi menjejakkan kaki ke kota London bersama anak-anaknya pada 3 Mac ini. Mereka akan berkampung selama 10 hari di sana tanpa ditemani Zain yang perlu berada di China atas tuntutan kerja.

Selain Aaisyah, Che Ta turut mempunyai dua anak lelaki, Ammar Effendy, 22, dan Aniq Ezra, 20, hasil perkahwinan terdahulu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button