Cerita ArtisHiburan

Sheila Rusly Kecewa Syafiq Kyle Tak Boleh Bagi Komitmen

Penerbit JS Pictures Sdn. Bhd, Sheila Rusly melahirkan rasa terkilan gara-gara pelakon Syafiq Kyle yang tidak dapat memberikan komitmen sehingga dia terpaksa melupakan hasrat menerbitkan drama Dekatkan Jarak Kita untuk siaran Aidilfitri.

Menurut Sheila, pihaknya telah menyiapkan skrip dan sudah memberikan tarikh kepada pelakon-pelakon untuk menjalani penggambaran kira-kira dua bulan lalu.

“Kalau diikutkan skrip semuanya dah siap, tetapi malangnya kami tak boleh teruskan penggambaran. Sudah tentu saya sangat kecewa dan sedih.

“Bukan niat saya nak aibkan atau jatuhkan dia (Syafiq). Lagipun kami dah siap-siap bagi tarikh, cuma dia tak dapat buat disebabkan ada komitmen lain,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Sheila ditemui di anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 (DFKL 2018) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang berlangsung semalam.

Enggan mengambil pelakon lain bagi menggantikan watak Syafiq, sebaliknya Sheila lebih senang membatalkan projek tersebut daripada menghasilkan sesebuah produk yang tidak berkualiti.

“Semua tahu macam mana saya bekerja dan saya tak buat kerja cincai. Saya tak boleh sewenang-wenangnya tukar pelakon sebab watak itu dipegang oleh Syafiq.

“Kalau orang lain lakonkan dah tak jadi Dekatkan Jarak Kita. Sebab itu saya lebih rela tak buat terus daripada menggunakan pelakon lain untuk menggantikannya,” jelasnya.

Sementara itu, Syafiq pula berkata semua yang berlaku hanyalah disebabkan salah faham dan dia melihat perkara itu dari sudut positif.

“Saya rasa semua kecewa apabila drama Dekatkan Jarak Kita untuk edisi raya tidak dapat diteruskan. Bagaimanapun saya melihat perkara ini dari sudut yang positif, ia bukan rezeki kami.

“Saya tak tarik diri, sebaliknya saya terikat dengan penggambaran satu drama bersiri daripada stesen sama. Saya rasa orang yang paling sesuai untuk menjawab persoalan ini adalah pengurusan stesen tv tersebut.

“Saya hanya buat kerja saya sebagai pelakon. Saya rasa perkara ini hanyalah salah faham dan saya sudah pun meminta maaf pada Sheila,” katanya.

Dekatkan Jarak Kita yang disiarkan menerusi slot Samarinda TV3 dilakonkan Syafiq Kyle dan Ayda Jebat.

Menerusi DFKL 2018, drama itu berjaya meraih kategori Drama Pilihan dan gandingan utamanya membawa pulang trofi Pasangan Pilihan hasil undian peminat di laman web www.dfkl2018.com.my. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button