AntarabangsaHollywood

Anak Ketiga David Beckham Cuba Nasib Jadi Penyanyi Di Korea Selatan

Anak ketiga pasangan selebriti David dan Victoria Beckham iaitu Cruz Beckham dilapor bakal mewarnai dunia seni nyanyian di Korea Selatan.

Semuanya gara-gara tersebar maklumat mendakwa anak bekas bintang bola sepak Real Madrid itu sudah menghantar pencalonan untuk menyertai uji bakat pengambilan artis baharu di sebuah syarikat pengurusan di sana, Stardium.

Memetik Soompi, pihak Stardium tidak memberikan jawapan yang jelas mengenai permohonan Cruz namun tidak pula menafikan perkara tersebut ketika ditanya pihak media.

“Ada khabar yang kami dengar anak ketiga David Beckham menghantar permohonan untuk sertai uji bakat The Man, sebuah kumpulan baharu.

“Kami sudah melihat senarai pencalonan dan tidak menafikan bukan hanya warga negara Korea yang berminat sebaliknya kami juga banyak terima borang permohonan daripada rakyat pelbagai negara,” kata satu sumber dalaman syarikat pengurusan tersebut.

Sementara itu, bakat nyanyian Cruz, 13, mula diberi perhatian selepas ibunya sering kali berkongsikan video nyanyian anaknya di laman Instagram peribadinya.

Dari situ, kebanyakan peminat Victoria menyarankannya untuk menggembangkan lagi bakat anaknya yang diwarisi daripada bekas ahli kumpulan Spice Girls itu.

Jika Cruz lebih berminat dengan bidang seni suara, abang sulungnya, Brooklyn, 19, pula lebih cenderung dalam bidang fotografi manakala abang keduanya, Romeo, 16, pula bergelar model kanak-kanak yang sudah menghiasi iklan jenama mewah dunia, Burberry. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button