AntarabangsaHollywood

Ed Sheeran Menang Besar Anugerah Muzik Billboard 2018

Penyanyi British, Ed Sheeran berjaya membawa pulang lima trofi utama Anugerah Muzik Billboard 2018 yang berlangsung di MGM Grand Garden Arena, Las Vegas, Amerika Syarikat hari ini.

Ed memenangi trofi bagi kategori Top Artist, Top Hot 100 Artist, Top Male Artist, Top Radio Song Artist dan Top Song Sales Artist.

Selain Ed, penyanyi yang baharu sahaja mengadakan konsertnya di Malaysia minggu lalu, Bruno Mars turut cemerlang apabila berjaya mengenggam empat trofi untuk kategori Top R&B Artist, Top R&B Male Artist, Top R&B Tour dan Top R&B Album (24kMagic).

Bagi kategori kumpulan, Imagine Dragons mengukuhkan populariti mereka apabila dipilih sebagai pemenang dalam dua kategori iaitu Top Rock Artist, Top Rock Album (Evolve).

Taylor Swift tidak pulang dengan tangan kosong apabila memenangi kategori Top Female Artist dan Top Selling Album menerusi album Reputation.

Anugerah yang dihoskan Kelly Clarkson ini turut menyaksikan seleksi persembahan daripada Demi Lovato, Shawn Mendes, Ariana Grande, Janet Jackson, Camila Cabello dan Kesha. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button