
Dilanda Kontroversi, Syafiq Kyle Tak Tutup Ruangan Komen
Biarpun sedang dilanda kontroversi ketika ini, namun pelakon Syafiq Kyle mengambil pendekatan untuk tidak menutup ruangan komen di Instagram miliknya.
Berbanding dengan beberapa artis sebelum ini yang akan menutup ruangan komen apabila berhadapan dengan kontroversi, namun pelakon itu mengambil pendekatan sebaliknya.
Menerusi tinjauan KopiPlanet.com, pelakon drama bersiri Nur itu turut memuatnaik beberapa keping gambar terbaharunya di laman sosialnya itu tanpa menutup ruangan komen.
Sebelum ini, pelakon berkenaan dilanda kontroversi berhubung sebuah video seorang lelaki yang menunjukkan kemaluan menerusi panggilan video yang dipercayai wajahnya.
Dikatakan bahawa video berkenaan tersebar meluas di internet ketika ini, malah ada yang sanggup menjual video itu berharga RM20.
Bagaimanapun, setakat ini pihak media masih belum berhasil untuk mendapatkan sebarang komen daripada pelakon berkenaan dan syarikat pengurusannya. – KopiPlanet.com
Kredit Foto: Instagram Syafiq Kyle