AntarabangsaKpop

Jong Kook Terdesak Nak Kahwin, Tak Sabar Nak Timang Anak

Selebriti popular Korea Selatan, Kim Jong Kook mendedahkan dia sudah tidak sabar untuk mendirikan rumah tangga.

Ini kerana dia mahu segera mendapatkan cahaya mata selain gembira melihat kehidupan rakan-rakan artis yang sudah berkahwin.

Kim yang popular menerusi program tv Running Man membuat pendedahan itu selepas dijemput sebagai tetamu dalam rancangan tv, The Cultwo Show baru-baru ini.

“Saya mahu segera berkahwin. Saya mahu jadi seorang suami yang bertanggungjawab terhadap isteri saya. Sesiapa yang berkahwin dengan saya, saya akan cuba bagi kehidupan terbaik buat mereka.

“Saya seorang yang tidak minum arak, pasti tidak akan terlibat dalam mana-mana kemalangan yang boleh menyusahkan isteri saya kelak,” katanya berseloroh.

Kim, 42, juga turut berkongsikan jumlah cahaya mata ideal yang diinginkannya iaitu seramai tiga orang.

“Walaupun sudah, agak lama saya single, tapi saya masih lagi ingat saat-saat manis ketika bercinta dulu. Saya juga sering berikan nasihat tentang cinta kepada rakan-rakan yang lain jadi ia tidak menjadi satu perkara yang sukar sekiranya saya jatuh cinta lagi selepas ini,” katanya.

Kim sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan selebriti seperti Yoon Eun Hye, Song Ji Hyo dan Moon Geun Young. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button