Cerita ArtisHiburan

Syura Sedih Tahun Pertama Tidak Beraya Bersama Anak-Anak

Penyanyi Syura atau Zuraidah Badron, 32, menyatakan tahun ini merupakan tahun pertama dia tidak dapat beraya bersama anak-anaknya.

Menurut Syura, tahun ini giliran bekas suaminya, Mohd. Fadhly Md. Yassin untuk beraya dengan anak mereka pada hari raya pertama.

“Sedih juga beraya seorang sebab tahun ini giliran bekas suami dengan anak. Hampir lima tahun bercerai, ini merupakan tahun pertama saya tak beraya bersama anak-anak pada hari raya pertama.

“Namun tak mengapa sebab saya akan beraya bersama-sama ahli keluarga lain di Johor. Saya bercuti raya di kampung halaman sehingga raya keempat sebelum pulang semua ke ibu kota,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Syura berkahwin dengan Mohd Fadhly pada 16 April 2006 namun disahkan bercerai pada September 2014. Hasil perkahwinan, pasangan itu mempunyai tiga cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdani, 11, Nurul Qaisara Sofia, 9, dan Muhammad Irfan Aryan, 7 tahun.

Syura menjaga ketiga-tiga anaknya, di mana bekas suaminya boleh datang melawat anak mereka pada bila-bila masa tanpa sebarang halangan.

Syura dan bekas suami mengambil pendekatan tidak mendaftarkan kes hak penjagaan anak-anak kerana tidak mahu penceraian mereka menjejaskan perkembangan anak-anak yang semakin membesar. – KopiPlanet.com

 

Kredit Foto: Instagram Syura

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button