Cerita ArtisHiburan

Ernie Zakri Dakwa Dipergunakan Untuk Promosi Single Baru Haqiem Rusli?

Nampaknya kontroversi yang menimpa Haqiem Rusli seakan tidak berkesudahan. Terbaharu, penyanyi Ernie Zakri memuat naik satu status seolah-olah melampiaskan amarahnya apabila dipergunakan penyanyi muda itu untuk tujuan mempromosikan single terbaharunya berjudul Selamat Tinggal Sayang.

Ernie dijemput sebuah stesen radio bersama-sama Haqiem dan Wany Hasrita namun tidak mengetahui rupa-rupanya slot itu digunakan untuk mempromosikan single Haqiem sepenuhnya.

Menerusi Instagramnya, Ernie berkata, “Hari ini saya telah bazirkan masa selama dua jam. Saya tak tahu interview itu adalah untuk perkara tersebut. Terima kasih kerana tidak memberitahu terlebih awal. Ia sangat tidak profesional untuk mempergunakan saya supaya rancangan yang telah dirangka anda berjaya dilaksanakan.”

Kebanyakan selebriti lain seperti Syamel, Ara Johari, Wany Hasrita dan Wani Kayrie dilihat memberikan sokongan kepada Ernie yang merasa ‘tertipu’ di atas jemputan tersebut demi menjayakan misi mempromosikan single Haqiem.

Sementara itu, Haqiem memuat naik kenyataan di Twitter mengatakan dia sama sekali tidak mengetahui plan yang telah dirangka oleh stesen radio terbabit.

“Program tadi saya hanya diberitahui ada interview dan kena nyanyi. Jujur,” katanya menjawab persoalan netizen yang membangkitkan isu itu di media sosial.

Haqiem sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan akan bersara daripada bidang seni akibat tekanan yang dialaminya namun semuanya sudah terjawab apabila dia memuat naik status di Instagram semalam, mengatakan akan terus berada dalam industri bagi meluaskan karier nyanyiannya.

Malah, penyanyi berusia 20 tahun ini juga mengumumkan dia bakal keluar dengan single Selamat Tinggal Sayang yang akan dilancarkan hari ini.

Kebanyakan peminat merasakan ‘tertipu’ dan menyifatkan kenyataan Haqiem yang mahu bersara sebagai gimik semata-mata bagi melariskan lagu terbaharunya itu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button