AntarabangsaKpop

Polis L.A Siasat Ugutan Bunuh Yang Diterima Jimin BTS

Pihak polis Los Angeles kini sedang menjalankan siasatan berhubung ugutan bunuh diterima ahli kumpulan BTS, Jimin. Ancaman itu menyebut akan membunuh Jimin ketika dia mengadakan persembahan di Amerika Syarikat pada bulan depan.

Susulan itu, BTS yang dijadual mengadakan persembahan di negara Uncle Sam pada awal September ini akan dikawal selia sepenuhnya oleh pihak polis.

NBC News melaporkan polis memandang serius ugutan bunuh itu memandangkan ia merupakan kali ketiga Jimin berhadapan situasi sama.

Sebelum ini, Jimin pernah menerima ugutan yang sama ketika mengadakan konsert di California pada April dan di Texas, Mei lalu.

Pihak pengurusan BTS, Big Hit Entertainment mengeluarkan kenyataan berkata mereka akan sentiasa memastikan keselamatan setiap ahli kumpulan BTS dan mengambil langkah sewajarnya bagi tujuan itu.

BTS dijadualkan mengadakan konsert di Staples Center, Los Angeles pada 5 hingga 8 September ini sempena konsert jelajah album Love Yourself.

Selepas Amerika, mereka akan sambung konsert jelajah di London, Amsterdam, Berlin dan Paris. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button