Cerita ArtisHiburan

Pelakon Aliff Aziz Didakwa Songlap, Enggan Pulangkan Duit?

Pelakon kelahiran Singapura, Aliff Aziz didakwa telah menipu duit seorang individu serta enggan memulangkan semula wang pihak pengurusan acara.

Dalam satu posting di Facebook oleh seorang individu bernama Rashidi Ramli, pelakon itu dikatakan cuba meminjam wang daripadanya dan menawarkan untuk mempromosi produk perfume individu berkenaan setiap minggu dalam tempoh lapan minggu.

“Padahal dia call saya banyak kali untuk pinjam duit. Lepas saya tak layan dia cuba taktik lain dengan buat tawaran promote produk saya NK EXCLUSIVE PARFUM sampai jadi hingga 8 minggu. Walaupun saya cuba menolak menolak banyak kali dia tetap ganggu saya call dan whats’s app.

“Selepas mendesak banyak kali dengan tawaran dan janji manis saya hanya bagi sejumlah amaun actually ribu jugak bukan ratus ya, selepas bagi duit dia cuba ugut saya banyak kali lagi untuk transfer lagi duit kalau tak dia tak akan promote,” ujar individu berkenaan.

Menurutnya, selepas dia berkeras enggan untuk memberikannya duit lagi, pelakon berkenaan menyatakan dirinya hanya akan post sekali sahaja, sedangkan sebelum itu berjanji untuk promosi selama lapan minggu.

Dalam pada itu, individu berkenaan juga mendedahkan ada juga rakan lain yang merupakan seorang pengurus acara turut ditipu oleh pelakon tersebut apabila dibayar untuk hadir ke sebuah acara sebagai artis jemputan.

“Rakan saya telah beri duit deposit dan akhirnya dia tak hadir event itu dan rakan telah menanggung rugi dan turut dimarahi vendor kerana cuba menipu kerana artis yang dijanjikan tak muncul walhal Aliff Aziz cancel last minit dan tidak ingin melakukan refund walaupun satu sen.

“Hati-hati. Ini bukan cubaan untuk menjatuhkan mana-mana pihak. Tapi saya terpanggil sebagai orang yang teraniaya untuk maklumkan pada umum agar tidak ada lagi yang tertipu dengan manusia berpura-pura ini,” tegasnya.

Menurutya, cubaan untuk meminta semula duit dan buat report telah diugut oleh pelakon itu kerana dia dikatakan ada peguam sendiri. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button