AntarabangsaKpop

Jeon Somi Keluar Dari Syarikat Pengurusan JYP Entertainment

Penyanyi berdarah kacukan Korea dan Kanada, Jeon Somi dilaporkan sudah pun meninggalkan agensi pengurusannya, JYP Entertainment.

Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan JYP, mereka mengesahkan berita tersebut dengan berkata, “Jeon Somi dan kami sama-sama mencapai kata sepakat di atas keputusannya untuk meninggalkan syarikat pengurusan ini. Kami berterima kasih kepada semua peminat Somi yang sentiasa menyokong kami.”

Somi muncul dalam program realiti Produce 101 dan berjaya mengumpul banyak peminat yang terpikat dengan bakat serta personalitinya yang bersahaja.

Selepas memenangi rancangan itu, Jeon Somi menyertai kumpulan I.O.I sebelum mereka berpecah. Somi kemudiannya menyertai JYP Entertaintment yang bertanggungjawab menguruskan kerjaya nyanyian penyanyi muda berusia 17 tahun itu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button