Cerita ArtisHiburan

Maya Karin Tak Bersolek, Buat Stunt Sendiri Dalam Munafik 2

Demi mencapai kepuasan dalam lakonannya, pelakon Maya Karin berkata dia sanggup melakukan semua aksi lasak dalam filem terbaharu lakonannya, Munafik 2.

Menerusi naskhah arahan Syamsul Yusof itu, Maya terpaksa memanjat pokok tinggi selain menjilat lantai bagi menjayakan wataknya sebagai Sakinah.

“Saya lakukan sendiri semua aksi lasak dalam filem ini. Ia agak mencabar apabila bagi menjayakan babak itu sahaja saya perlu tergantung di atas pokok lebih dari 4 jam untuk mendapatkan syot menarik.

“Yang menariknya, saya langsung tidak mengenakan sebarang solekan termasuk pakai gincu bibir dan Syamsul pun okay dengan perkara itu sebab ia menjadikan lagi watak saya lebih realistik,” kata Maya ketika kepada KopiPlanet.com.

Maya ditemui pada malam gala filem Munafik 2 di MM2 Cineplexes, Damansara baru-baru ini. Selain Maya, filem itu turut dibintangi Syamsul Yusof, Nasir Bilal Khan, Fauzi Nawawi, Datuk Fizz Fairuz, Datuk Rahim Razali dan aktres Indonesia, Weni Pancha.

Tidak lengkap sesebuah filem seram itu sekiranya para pelakonnya tidak ditanya mengenai pengalaman mistik yang mungkin pernah dialami sepanjang menjalani penggambaran.

Ketika mengulas mengenai perkara itu, Maya berkata, “Itulah saya pun pelik, bila terlibat filem seram mesti benda itu yang orang nak tahu.”

“Alhamdulillah sepanjang penggambaran kami tidak berdepan dengan situasi macam itu. Tapi saya ada juga dengar-dengar ada krew pernah ternampak tapi saya tahu setakat itu sajalah,” jelasnya.

Munafik 2 akan ditayangkan bermula Khamis ini (30 Ogos) di 147 buah pawagam seluruh Malaysia termasuk Singapura. Filem yang menelan kos produksi sebanyak RM2.9 juta ini juga akan turut ditayangkan di Indonesia bermula 26 September depan. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Maya Karin

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button