Cerita ArtisHiburan

Mak Cun, Che Ta Jalin Kerjasama Dengan AVANA Menerusi E-Dagang

Penyedia solusi e-dagang Malaysia, AVANA baru-baru ini telah mengumumkan kolaborasi terbaharu bersama selebriti terkenal Erma Fatima atau lebih popular dengan gelaran Mak Cun dan Rozita Che Wan atau Che Ta.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas AVANA, Luqman Adris berkata, menerusi platform e-dagang yang disediakan oleh pihaknya, ia akan membantu peniaga kecil membawa perniagaan mereka ke peringkat antarabangsa dan seterusnya menjana pendapatan di dalam ekonomi digital.

“Pihak kami berbesar hati untuk memperkenalkan Mak Cun dan Che Ta sebagai sebahagian daripada revolusi e-dagang di negara kita.

Mereka adalah contoh usahawan Malaysia yang berwawasan tinggi dan kami percaya selepas ini lebih ramai usahawan yang boleh mengikut jejak mereka berdua dan seterusnya mencapai impian untuk membina bisnes yang berjaya,” ujarnya.

Menurut Luqman, AVANA sebelum ini mengumumkan kerjasama terbaharu bersama MATRADE dan Facebook menerusi program ‘Made by Malaysia, Loved by the World’ yang dilancarkan secara rasmi pada 24 September 2018 di Menara MITI, Jalan Duta.

Jelasnya, program yang turut disertai dua selebriti popular ini dijangka dapat membantu dan memperkasa sekurang-kurangnya 2,000 usahawan di seluruh negara untuk mengeksport produk mereka ke luar negara.

“Penggunaan aplikasi mudah alih AVANA, secara langsung juga bakal membantu usahawan untuk membina kedai atas talian dan menguruskan pesanan pelanggan dengan lebih cepat menggunakan telefon mudah alih.

“Aplikasi tersebut juga memudahkan usahawan memuat naik produk dan mengemaskini butiran inventori di hujung jari. Dengan aplikasi yang sama, usahawan boleh terus berkongsi produk mereka di platform media sosial seperti Facebook, WhatsApp dan saluran lain supaya pelanggan boleh terus membuat bayaran dengan satu langkah mudah,” ujarnya.

Dalam pada itu, kedua-dua selebriti berkenaan menyatakan menerusi platform AVANA ini juga, mereka telah berjaya mengembangkan perniagaan masing-masing ke pasaran yang lebih luas sekaligus memudahkan setiap urus niaga yang dijalankan mereka.

“Dunia e-dagang ini membuka satu peluang bisnes yang tiada batasan. Bagi saya sendiri, siri televisyen yang bermula sebagai satu karakter fiksyen telah pun berkembang menjadi satu bisnes yang sebenar.

“Watak Mak Cun yang saya cipta mempunyai perniagaan sendiri dan sekarang dengan memanfaatkan AVANA sebagai
platform jualan telah membantu saya mengembangkan jualan dan jumlah pelanggan yang sedia ada.” ujar Erma.

Sementara itu, Che Ta pula menyarankan agar lebih ramai usahawan Malaysia turut menyertainya AVANA untuk menggunakan platform e-dagang berkenaan.

“Ini adalah peluang terbaik untuk usahawan mempelajari cara membuka bisnes atas talian dan AVANA sendiri memudahkan proses perniagaan dan membantu meningkatkan jualan anda,” jelasnya.

AVANA menyediakan platform e-dagang serendah RM429 setahun. Menariknya, kedai atas talian menggunakan platform AVANA ini boleh terus sedia digunakan kurang daripada setengah jam.

Kemudahan e-dagang seperti inventori, maklumat produk, sistem invois dan sistem perbankan untuk bayaran memudahkan usahawan membina bisnes yang lebih utuh secara atas talian. Peniaga boleh terus menjana nombor ‘tracking’ PosLaju terus daripada rumah atau pejabat mereka. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button