AntarabangsaKpop

Blackpink Cipta Semula Persembahan “Jingle Bell Rock” Mean Girls

Kumpulan gadis Korea, BlackPink telah memberi satu kejutan kepada peminat mereka sebagai hadiah Krismas pada tahun ini.  Mereka mencipta semula persembahan ikonik filem Mean Girls yang cukup popular suatu ketika dahulu.

Mereka mempersembahkan lagu Jingle Bell Rock menerusi konsert yang berlangsung di Kyocera Dome, Osaka, Jepun baru-baru ini.

BlackPink yang dianggotai Jennie, Jisoo, Rose dan Lisa telah memakai gaun mini merah lengkap dengan boot tinggi berwarna hitam dan topi Santa sama seperti watak dalam filem itu yang diterajui Lindsay Lohan itu. Malah, mereka turut memberi sentuhan baru pada persembahan kali ini dalam bentuk tarian hip hop.

 

 

Persembahan ini telah mendapat sambutan yang hangat lagi meriah daripada peminat setia mereka yang tidak menyangka kumpulan itu bakal membuat kelainan menerusi konsert tersebut.

Selain itu, kumpulan terkenal ini turut membuat persembahan klasik Krismas dalam versi Jepun seperti “Rudolph The Red-Nosed Reindeer” dan sebuah cover lagu Wham! yang bertajuk “Last Christmas”. – Kopi Planet.

<div>

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button