
Peminat Lelaki Ugut Bunuh Pelakon Remaja Wang Suk Hyun
Agensi pengurusan pelakon remaja, Wang Suk Hyun, 15, mendedahkan pelakon tersebut telah menerima satu panggilan ugutan bunuh di sekolahnya baru-baru ini.
Menerusi panggilan itu, suspek dipercayai telah mengatakan, “Aku akan bunuh Wang Suk Hyun.”
Lokasi panggilan yang dilakukan menerusi telefon awam itu telah berjaya dikesan oleh pihak polis menerusi kamera pengawasan litar tertutup (CCTV) yang seterusnya membawa kepada penangkapan lelaki terbabit.
Pihak pengurusan Suk Hyun memaklumkan, pelakon remaja tersebut akan sentiasa diawasi oleh pengurusnya serta beberapa orang pengawal peribadi susulan insiden tersebut.
Menerusi Channel A, suspek dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an. Dia memaklumkan kepada pihak polis, “Saya sudah lama meminati Wang Suk Hyun tetapi dia tidak mahu berjumpa dengan saya, jadi saya memutuskan untuk membunuhnya.” – KopiPlanet.com