Cerita ArtisHiburan

Ikut Nasihat Peminat Punca Khai Bahar Jarang Post Aktiviti Peribadi

Walaupun boleh dikatakan sudah berada pada tahap selesa sebagai seorang penyanyi, Khai Bahar tetap menghargai segala teguran yang diberikan peminat terhadap dirinya.

Menurut Khai, peminat ada menasihatkannya agar kurangkan memuat naik mengenai aktiviti peribadinya di laman sosial agar eksklusiviti dirinya sebagai seorang penghibur terjaga.

“Peminat ada menegur saya supaya tidak terlalu menunjukkan semua aktiviti yang saya lakukan di laman sosial. Sebenarnya, saya ada sahaja melakukan aktiviti yang menjadi kebiasaan seperti berkaraoke, cuma saya tidak post seperti mengikut saranan peminat.

“Selain itu, saya turut menghadkan aktiviti saya dan hanya keluar seminggu dua kali, itu pun keluar lepak dengan kawan-kawan. Saya masih lagi Khai Bahar yang dahulu (walaupun sudah semakin dikenali),” katanya kepada KopiPlanet.com.

Khai ditemui pada majlis ramah mesra bersama kelab peminatnya, Khai Bahar Empire (KBE), Greatest Love of Khai Bahar (GLOKB) yang diadakan di Dewan Besar Tun Rahah, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur hari ini.

Ini merupakan penganjuran kali kedua GLOKB yang mana ia dihadiri lebih daripada 600 peminat termasuk dari Singapura. Dalam majlis tersebut, penyanyi yang popular dengan lagu Luluh ini turut membawa kesemua trofi yang pernah dimenanginya sepanjang hampir tiga tahun berkecimpung dalam bidang seni.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik turut diadakan seperti cabutan bertuah, ‘flash mob’ daripada peminat serta persembahan tarian kebudayaan daripada penari cilik.

Semasa majlis itu, Khai sendiri turut mendendangkan sebanyak lapan buah lagu bagi memeriahkan lagi majlis yang bertemakan biru dan putih itu.

“Majlis ini merupakan acara tahunan yang diadakan bagi menghargai sokongan peminat yang tidak jemu menyokong saya. InsyaAllah, kami akan adakan lagi pada tahun-tahun akan datang dan pastinya lebih meriah lagi,” katanya. –
KopiPlanet.com

Artikel: Nur Fatin Marzuki
Pelajar Praktikal UiTM Puncak Perdana

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button