
Vicky Pattison Dikritik Curi Perhatian Di Majlis Perkahwinan Kakaknya
Bekas bintang realiti TV Geordie Shore, Vicky Pattison telah dituduh netizen cuba mencuri perhatian tetamu ketika menghadiri majlis perkahwinan kakaknya, Laura yang berlangsung di Mexico, baru-baru ini.

Menerusi gambar di muatnaik di Instagramnya jelas menunjukkan Vicky, 31, menjadi pengiring pengantin berdiri di hadapan menyebabkan gaun perkahwinan yang dipakai Laura sedikit terlindung.
Rata-rata pengikut memberi komen yang negatif pada Vicky sehingga dia membuat satu video berdurasi satu minit menperjelaskan isu tersebut.
“Selamat pagi semua. Sekarang pukul 7.48 pagi dan apabila bangun dari tidur saya terkesan dengan kata-kata negatif,”
“Sebenarnya kakak saya yang menyuruh saya berdiri di hadapan untuk menutup kekotoran yang terkena pada gaunnya”, katanya.
Sebelum ini, Vicky pernah menjalinkan hubungan dengan John Noble pada 2018 namun mereka putus tunang dikhabarkan angkara pihak ketiga. – KopiPlanet.com



