
Karisma Kapoor Akui Kareena Kini Adalah Idolanya Sekarang
Pelakon popular Bollywood Karisma Kapoor secara jujur telah mengungkapkan bahawa adiknya iaitu Kareena Kapoor sebagai idolanya pada masa kini.
Semasa perbualan dalam sebuah rancangan radio, Karisma secara terbuka telah berkongsi mengenai keperibadian serta kariernya agar terus relevan serta bersinar dalam industri seni.
Namun demikian apabila ditanya berkenaan idolanya, Karisma secara berterus terang menjawab bahawa adiknya itu sendiri merupakan idolanya.
“Hari ini, awak adalah idola saya. Kita mempunyai profesion yang sama dan memiliki kelebihan yang berbeza antara satu sama lain.
“Selain itu, ibu turut menjadi inspirasi kerana membesarkan kita dengan baik,” ujarnya.
Pasangan adik-beradik popular tersebut telah sama-sama diundang dalam sebuah rancangan radio yang diacarakan sendiri oleh Kareena. -KopiPlanet.com



