AntarabangsaHollywood

Rihanna Saman Bapa Guna Nama Keluarga Tubuhkan Perniagaan

Penyanyi Rihana atau Robyn Rihana Fenty mengambil tindakan undang-undang menfailkan saman terhadap bapanya, Ronald Fenty dan Moses Perkins iaitu rakan kongsi yang telah menggunakan nama keluarga, Fenty untuk menubuhkan pernigaaan.

Rihanna, 31, mendakwa kedua-dua lelaki itu melakukan penipuan secara terang-terangan kepada pihak ketiga dan orang awam dengan mengatakan Syarikat Fenty Entertainment mempunyai kaitan dengan penyanyi yang popular dengan lagu Umbrella itu.

“Fenty Entainment dituduh cuba membuat konsert atas nama Rihana tanpa kebenaran.

“Malah, mereka menggunakan nama penyanyi itu untuk dapatkan wang berjuta-juta dolar daripada pihak ketiga,” ujar peguam Rihanna.

Sebelum ini, Rihana pernah melancarkan produk kecantikan, Fenty Beauty pada 2017 dan kedua-dua lelaki itu turut terlibat dalam pengiklanan palsu serta menceroboh privasinya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button