Cerita ArtisHiburan

Acara Pernikahan Diawalkan Sehari, Intan Ladyana Kini Sah Bergelar Isteri Kepada Harris Alif

Dengan sekali kali lafaz sahaja, pelakon Intan Ladyana akhirnya kini sah bergelar isteri kepada penyanyi Harris Alif dalam satu acara pernikahan di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kira-kira pukul 10.00 pagi tadi.

Acara pernikahan disempurnakan Penolong Pengarah Jawi, Ustaz Muhammad Azlan Marukum selaku jurunikah dan juga wakil wali.

Turut hadir dan menyaksikan penyatuan Harris dan Intan adalah Pendaftar Nikah, Cerai, Ruju’ Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ustaz Nasir Abdullah.

Dalam satu sidang media virtual, Harris menyatakan acara pernikahan terpaksa diawalkan sehari memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan ketika ini.

“Kami ingatkan bulan Februari tu keadaan dah okey, tetapi kita memang tak boleh nak jangka apa yang akan terjadi.

“Jadi, kami memilih tarikh 5 Februari kerana tarikh berkenaan juga telah disarankan oleh pihak JAWI setelah kami bertanya kepada mereka,” ujarnya.

Pada majlis itu, Harris menyerahkan mas kahwin berupa set perhiasan barang kemas dan sebentuk cincin berlian.

Manakala barangan hantaran iaitu sembilan dulang daripada pihak pengantin perempuan berbalas tujuh dulang daripada pihak lelaki tidak dibawa bersama sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

> Baca: Harris Alif & Intan Ladyana Kahwin 6 Februari Ini, Peraga Barang Kemas RM13.5 Juta Ketika Majlis Nikah & Resepsi

Pada 5 Januari lalu, pasangan ini mengumumkan berita gembira bakal disatukan dan bernikah pada 6 Februari selepas mula menyulam cinta sejak Mac tahun lalu.

Mengikut perancangan awal, pasangan ini turut mendapat tajaan lebih RM13.5 juta untuk beberapa majlis yang sepatutnya dilangsungkan termasuk malam berinai, majlis pernikahan, resepi dan majlis bertandang.

Dalam pada itu, Intan pula berkata, dalam keadaan sekarang ini dia dan suami merasakan bahawa acara pernikahan harus diutamakan terlebih dahulu.

“Ketika Covid-19 ni memang sukar untuk membuat perancangan dan kami rasa biarlah kami bernikah dahulu.

“Untuk majlis resepsi pula memang ia akan tetap diadakan dan sekarang ini kami buat mana yang lebih penting,” ujarnya.

Biarpun usia 17 tahun membezakan mereka, bukan alasan atau halangan untuk mengakhiri hubungan ke jenjang pelamin. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
7
+1
23
+1
3
+1
3
+1
4
+1
2
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button