Cerita ArtisHiburan

Achey Sedih Kes Saman-Menyaman Libatkan Balu Arwah Abam & Ali Puteh

Rakan baik arwah Abam yang juga ahli kumpulan Bocey, Achey mengakui sedih apabila mengetahui kes saman-menyaman melibatkan balu Abam, Siti Nor Hidayah Mohd Ali dan adik iparnya, Ali Puteh.

Menurut Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah, dia sangat berharap mereka dapat menyelesaikan perkara itu secara baik demi kebaikan anak tunggal Abam, Syed Uthman Hamzah yang kini berusia setahun.

“Saya sedih bila jadi macam ini sebab perkara ini boleh diselesaikan secara senyap senyap dan mengikut hukum Islam. Tak cantik disimpan benda ini (kes saman-menyaman) untuk masa hadapan untuk anak yang sedang membesar. Nanti dah besar dia akan sentiasa tertanya-tanya siapa betul, siapa salah.

“Bagi pihak saya dan Fad, siapa kami untuk masuk campur. Kami hanya sahabat arwah yang boleh saya buat adalah menegur dan memberi cadangan kepada mereka. Kami dah cuba nasihati kedua-duanya tapi masing-masing ada hak mereka,” katanya.

Achey berkata kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pelancaran filem televisyen (FTV) lakonannya, Frontliner yang berlangsung di Publika, Kuala Lumpur hari ini.

> Baca: Bantu Keluarga Lepas Ibu Bapa Hilang Kerja, Alvin Chong Enggan Fikir Hal Kahwin

Achey turut menyifatkan Hidayah seorang yang sangat kuat berhadapan dengan ujian hidupnya yang kehilangan suami pada usia muda.

“Kalau tanya saya, Hidayah memang seorang yang sangat kuat dan positif. Kalau dia tak kuat dia takkan buat macam itu (berniaga cempedak goreng), mungkin anak merupakan faktor yang buat dia bangkit.

“Kalau ikut perasan saya memang sayu (tengok Hidayah bekerja) tapi saya tahu dia seorang workaholic. Masa arwah ada pun Hidayah memang rajin bekerja. Semangat dia kuat,” ujarnya lagi.

Konflik timbul apabila Ali memfailkan saman balas terhadap Hidayah yang semalam, mengakui memindahkan wang daripada akaun bank Abam sebanyak RM10,000 selain mengambil empat jam tangan milik arwah.

Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mukhtar, 32, meninggal dunia pada 10 Februari lalu selepas dua hari menghidap demam panas. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Gombak. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button