Cerita ArtisHiburan

Bantu Keluarga Lepas Ibu Bapa Hilang Kerja, Alvin Chong Enggan Fikir Hal Kahwin

Walaupun ramai dalam kalangan rakan-rakannya sudah mendirikan rumah tangga, penyanyi dan pelakan Alvin Chong tidak menjadikan perkara itu sebagai keutamaan buat dirinya pada masa ini.

Menurut Alvin, buat masa ini dia lebih senang memberikan fokus terhadap kerjaya selain berbakti kepada ahli keluarganya sendiri.

Mengakui pendapatan ibu bapanya terkesan akibat pandemik Covid-19, Alvin berkata dia dan seorang lagi adiknya kini menggalas tugas untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.

“Buat masa sekarang saya tidak memikirkan tentang hal cinta atau berkahwin sebab saya nak fokus kepada keluarga saya. Wabak Covid-19 memberikan kesan buat ayah saya yang terpaksa menutup gerai jualannya di Pulau Pinang manakala ibu yang bekerja di pub sebagai pelayan kehilangan kerja.

“Adik bongsu pun tak ada kerja sekarang ini. Jadi yang tanggung keluarga adalah saya dan seorang lagi adik,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Sayangku Salmah yang berlangsung di Highpark Suites Experience Gallery, Petaling Jaya, semalam.

> Baca: Scha Elinnea Dedah Setiap Minggu Dapat Gambar-Gambar Lucah

Alvin, 29, turut menjelaskan antara sebab dia enggan terikat dengan komitmen perkahwinan buat masa ini kerana melihat beberapa orang di sekelilingnya yang pernah berhadapan dengan episod penceraian.

“Kalau tanya saya jika saya bersedia untuk bercinta dan melangkah ke fasa seterusnya pada ketika ini, memang terus-terang cakap saya tak bersedia sebab saya takut mental saya tidak bersedia untuk berhadapan kalau-kalau ada gelombang kedua atau virus baharu yang tersebar.

“Sekarang ini ramai yang bercerai, jadi saya nampak ia sangat mudah untuk sesebuah perkahwinan itu berakhir. Disebabkan itu kalau saya masih belum lagi bertemu dengan orang yang sesuai saya tak nak bazirkan masa dengan bercinta selain perkahwinan itu akan habiskan duit yang banyak,” ujarnya lagi.

Sementara itu, muzik video rasmi Sayangku Salmah bakal dilancarkan esok di saluran Youtube Alvin Chong Vevo.

Sebelum ini, Alvin terlebih dahulu telah menyajikan peminat dengan video TikTok lagu Sayangku Salmah yang kini sudah mececah lebih 30 juta tontonan

“Kenapa judul lagu ini Sayangku Salmah, sebab Salmah nama yang sangat sinonim dan dekat dengan komuniti kita. Malah, sya rasa setiap orang mesti ada kawan atau ahli keluarga mereka yang bernama Salmah.

“Buktinya, apabila saya memuat naik lagu ini di TikTok ramai cakap nama kawan mereka Salmah ada ada juga nama adik mereka Salmah. Pendek kata, nama ini dipilih sebagai simbolik kepada wanita bagi disesuaikan dengan muzik video dan jalan cerita lag ini,” katanya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button