Cerita ArtisHiburan

Achey Tidak Kisah Netizen Kritik Isteri Jual Sate Di Pasar Malam

Pelawak popular Achey menyatakan dia dan isterinya tidak kisah tentang kritikan yang dilemparkan apabila membiarkan isterinya menjual sate di pasar malam.

Menurut Achey, menjual sate juga adalah merupakan satu sumber rezeki yang halal dan segala kritikan yang dilemparkan diambil dari sudut positif.

“Sebenarnya sate itu adalah perniagaan yang diusahakan oleh keluarga isteri saya. Biasanya, kalau setiap kali pulang ke kampung memang isteri akan turut membantu keluarganya menjual sate.

“Lagipun sekarang ini memang isteri kerap pulang ke kampung. Malah, perniagaan sate milik keluarganya kini semakin berkembang dengan penjualan sate frozen,” ujarnya.

Achey ditemui KopiPlanet.com sewaktu majlis sidang akhbar program Bintang Bersama Bintang 2019 yang berlangsung di Sri Pentas semalam.

Sebelum ini, pelawak berkenaan telah memuat naik sekeping gambar di Instagramnya yang menunjukkan isteri sedang menjual sate di pasar malam.

Biarpun ramai yang memberikan pujian, namun terdapat segelintir netizen yang mengkritik dengan mengatakan isterinya tidak sesuai berbuat demikian memandangkan status sebagai isteri seorang selebriti terkenal.

Malah, ada juga yang membuat tuduhan tanpa usul periksa yang mengatakan pelawak berkenaan sudah tiada job sehingga memaksa isteri menjual sate.

“Berkenaan komen yang diterima mengenai jual sate ini, kami terima dengan terbuka sahaja. Itu lebih baik daripada cemuhan yang mengatakan saya sudah tidak ada job lagi,” tegasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button