Gosip PanasHiburan

Ada Sumber Nampak Erra Fazira Main Badminton Dengan Shahir AF, Akui Cerita Perkahwinan Dengan Menteri Tidak Benar

Ketika ini nama pelakon dan penyanyi popular Erra Fazira tiba-tiba menjadi sebutan apabila dikatakan sudah mendirikan rumah tangga dengan Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Bagaimanapun, menurut sumber yang diperolehi oleh KopiPlanet.com perkara berkenaan tidak benar, malah kini Erra dikatakan kembali menjalinkan hubungan dengan Shahir AF.

Menariknya, menurut sumber berkenaan lagi, dia turut ternampak Erra yang juga digelar Primadona Filem Melayu itu dan Shahir AF bermain badminton bersama-sama baru-baru ini.

Sumber itu juga menyatakan bahawa kisah yang menjadi sebutan tentang perkahwinan berkenaan sememangnya tidak berlaku.

Dalam pada itu, ketika ini sama ada Erra Fazira dan Faizal masih lagi belum membuat sebarang kenyataan untuk mengulas mengenai perkara berkenaan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button