• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Adik Kate Middleton Dedah Akaun Instagramnya Sebagai Pencinta Haiwan

Baru-baru ini adik lelaki kepada Kate Middleton iaitu James, 31, telah membuka mode akuan Instagramnya kepada umum dan ia membolehkan orang ramai melihat gambar-gambar yang telah di muat naik sejak tahun 2013.

Menerusi laman akaun sosial peribadinya itu, tidak dapat dinafikan bahawa adik ipar kepada Putera William ini rupa-rupanya seorang pecinta haiwan.

Hal ini dibuktikan menerusi entri yang ditulisnya pada malam tahun baru lalu berkenaan anjingnya bernama Ella.

“Saya berbangga dengan Ella kerana menjadi peneman saya pada tahun baharu ini. Haiwan boleh memberikan rasa tenang, keselesaan, keselamatan serta mengalihkan perhatian daripada keadaan tertekan,” tulisnya

Sementara itu, Ella bukanlah satu-satunya anjing yang mencuri hatinya. Sebelum ini James telah memuat naik serta berkongsi beberapa gambar bersama lapan anjing belaanya yang lain di Instagram miliknya. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend