Cerita ArtisHiburan

Komunikasi, Kepercayaan Kunci Kebahagiaan Aeril Zafrel Dan Isteri

Walaupun sudah lama berumah tangga, pelakon kacak Aeril Zafrel ternyata tidak terlepas daripada menerima godaan peminat wanita.

Sudah lali dengan perkara itu, Aeril, 30, berkata kunci kepada kebahagiaan rumah tangganya dengan aktres Wawa Zainal adalah kepercayaan sepenuhnya selain komunikasi menjadi tunjang utama dalam perhubungan mereka.

“Saya pegang satu sahaja iaitu kalau kita tidak melayan, perkara itu tidak akan jadi. Wawa pun percayakan saya, malah kami meletakkan komunikasi sebagai aspek yang paling penting dalam perhubungan.

“Semua password laman sosial saya, Wawa tahu dan saya memang tidak berselindung apa-apa perkara pun daripada dia. Saya tak nak langsung fikirkan mengenai orang ketiga sebab ia boleh menganggu perkembangan diri anak-anak. Lebih baik saya fokus dengan isteri dan anak-anak, buat apa nak cari masalah,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Pelakon berkenaan ditemui pada majlis sidang media pengenalan pelakon teater Tanah Akhirku di Selasar Pualam, Istana Budaya, Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini, Aeril sering menunjukkan gambar dan video mesranya dengan Wawa sehingga hubungan mereka digelar sebagai relationship goals oleh sebahagian besar netizen.

Mengulas mengenai perkara itu, Aeril berkata dia hanya berkongsi saat-saat manis bersama isterinya seperti mana kebanyakan pasangan yang lain.

“Saya rasa sama sahaja apa yang saya muat naik itu seperti orang di luar sana. Cumanya saya dikenali dan sebab itu orang ingat saya nak menunjuk-nunjuk. Sedangkan niat saya hanya nak berkongsi sahaja dan mengabadi kenangan.

“Saya memang tidak layan komen-komen yang hentam, sebab rata-rata mereka ini tidak berani dan hanya menggunakan akaun palsu semata-mata untuk memberikan komen negatif terhadap selebriti,” ujarnya lagi. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button