
Agen Hartanah Michael Jackson Saman Dokumentari Malukan Mendiang
Dokumentari yang diterbitkan HBO berjudul Leaving Neverland: Michael Jackson and Me dijangka bakal ditayangkan di United Kingdom pada bulan hadapan.
Menerusi dokumentari tersebut, ia turut memaparkan beberapa adegan yang mendakwa mendiang Michael mencabul kanak-kanak yang sering berkunjung ke rumah agamnya di California, Amerika Syarikat yang diberi nama Neverland.
Dokumentari itu turut menampilkan dua lelaki yang mendakwa pernah dicabul Michael semasa mereka masih kecil.
Tidak gembira dengan perkhabaran babak tersebut, agen hartanah Michael sedang berkira-kira untuk mengambil tindakan terhadap tuduhan yang dilemparkan dan merancang untuk menyaman HBO sebanyak US$100 juta (RM407 juta).
Menurut agen tersebut, dokumentari itu adalah sangat tidak adil kerana Michael sudah pun meninggal dunia dan tidak dapat mempertahankan dirinya menerusi tuduhan yang dibuat pihak produksi dokumentari berkenaan.
Penyanyi Beat It itu meninggal dunia pada 25 Jun 2009 akibat serangan jantung pada usia 51 tahun. – KopiPlanet.com