• FOLLOW US
Antarabangsa, Kpop

Ahli Bigbang Seungri Didakwa Bercinta Dengan Pelakon Yu Hye Won

Khabar angin bertiup kencang mendakwa ahli kumpulan Big Bang, Seungri dikatakan bercinta dengan pelakon Yu Hye Won.

Seungri dipercayai menjalin hubungan istimewa dengan Hye Won sejak setahun lalu.

Sementara itu, agensi pengurusan aktres itu berkata mereka kini sedang cuba mendapatkan penjelasan daripada pelakon itu mengenai kesahihan khabar tersebut.

Wakil pengurusan Seungri, YG Entertainment pula tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara tersebut.

Sebelum ini, Seungri pernah dikaitkan bercinta dengan pelakon dan model Indonesia, Raline Shah. Namun, kedua-duanya tidak pernah mengiakan atau menafikan tentang gosip terbabit. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend