• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Ahmad Idham Telah Dilantik Semula Ke Jawatan CEO FINAS

Pelakon dan pengarah Ahmad Idham Ahmad Nadzri telah dilantik semula ke jawatan lamanya iaitu sebagai Ketua Pegawai Eksekutif  (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)

Perkara tersebut diumumkan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi (FINAS), Zakaria Abdul Hamid.

“FINAS juga menyambut baik dan berterima kasih di atas peruntukan sebanyak RM225 juta sebagai insentif rangsangan ekonomi kepada industri ini melalui Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek yang telah diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

“Beberapa program dan kemudahan kewangan untuk menjana semula industri kreatif negara akan dikawal selia oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah yang pastinya akan memberi manfaat kepada pemegang taruh industri.

“Perbadanan juga dengan berbesar hati ingin mengumumkan pelantikan Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FINAS yang baharu berkuatkuasa 5 Jun 2020 sehingga 6 Jun 2022.

“Semoga dengan pelantikan beliau ini, FINAS akan terus menjana kecemerlangan sebagai sebuah badan yang memaju, menggalak dan memelihara kemajuan industri perfileman tanah air,” ujarnya.

Sebelum ini, Ahmad Idham pernah dilantik ke jawatan berkenaan pada Mac 2019, namun mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan pada Disember tahun yang sama.

Ketika itu, beliau dikatakan mengambil keputusan berkenaan atas desakan pihak tertentu. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend