• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Ahmad Idham Ditekan Pihak Tertentu Untuk Berhenti Jadi CEO Finas?

“Memang betul CEO minta tamatkan kontrak awal, tetapi selepas beliau ditekan daripada pihak tertentu untuk berhenti,” dedah sumber daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Pendedahan daripada sumber itu dibuat selepas Finas mengeluarkan satu kenyataan media mengenai tindakan penamatan kontrak perkhidmatan oleh Ketua Pegawai Operasi (CEO) Finas, Ahmad Idham Ahmad Nadzri hari ini.

Menurut sumber sama, sidang media yang bakal diadakan bermula pukul 2.00 petang esok oleh beberapa wakil persatuan, antaranya Profima dan Seniman adalah untuk mendesak Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) memperincikan semula keputusan CEO yang disifatkan tidak adil.

“Buat pertama kali dalam sejarah industri hiburan tempatan, hampir semua persatuan hiburan mahu ‘mendesak’ menteri mendengar suara mereka.

“Mereka mahu menteri mendengar suara industri, bukan dari pihak ketiga yang pastinya mempunyai agenda tersendiri,” kata sumber.

Ahmad Idham diumumkan menggalas jawatan CEO Finas pada 10 Mac lalu dan sepatutnya tamat kontrak pada 10 Mac 2021.

Sumber turut mendakwa, wujud pihak tertentu telah memanipulasi pemikiran menteri selain melakukan provokasi untuk mengeluarkan CEO dari kedudukan itu.

“Kenapa menteri tidak selidik betul-betul sebelum bersetuju dengan keputusan menurunkan CEO? Selama CEO berada di kerusi itu, telah banyak perubahan positif yang berlaku dalam tempoh tiga bulan,” kata sumber.

Malah dalam tempoh itu, kebanyakan anak seni mendakwa sangat berpuas hati dengan gerak kerja CEO yang mengambil kira kebajikan artis dan industri hiburan tempatan.

Menurut sumber itu lagi, dakwaan mengatakan CEO tidak ‘perform’ yang disebarkan pihak tertentu adalah alasan tanpa bukti yang kukuh. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend