• FOLLOW US
Antarabangsa, Kpop

Ahn So Hee Nafi Dakwaan Bercinta Dengan Aktor Gong Yoo

Pelakon Ahn So Hee menafikan dakwaan khabar angin yang mengatakan dia kini sedang berhubungan istimewa dengan rakan pelakon, Gong Yoo.

So Hee sebelum ini pernah sama-sama berlakon dengan aktor itu menerusi filem pecah panggung Train To Busan.

So Hee yang merupakan bekas anggota kumpulan Wonder Girls menafikan perkara itu ketika ditanya hos program Please Take Care of My Refrigerator dalam siarannya baru-baru ini.

Gosip itu tersebar selepas kedua-dua selebriti itu dikatakan meluangkan masa berdua-duaan dengan bersiar-siar di tepi pantai pada waktu malam.

“Kami memang mudah serasi ketika menjalani penggambaran Train To Busan tapi kami bukan berdua-duaan sebaliknya bersama-sama pelakon lain ketika bersiar-siar di pantai,” ujar So Hee. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend