• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Ain Edruce Sibuk Rancang Majlis Pertunangan, Tolak Tepi Persiapan Raya

Pelakon dan pengacara tinggi lampai, Ain Edruce, 28, berkata dia terpaksa mengorbankan persiapan menyambut Aidilfitri pada tahun ini.

Jelasnya, hal yang demikian kerana ia mahu memberikan fokus terhadap majlis pertunangannya yang bakal diadakan pada 22 Jun ini.

“Tahun ini saya tak buat persiapan raya sangat sebaliknya lebih beri tumpuan pada persiapan majlis pertunangan yang akan diadakan pada 22 Jun ini.

“Walaupun hanya majlis pertunangan, tetapi persiapannya boleh jadi agak rumit. Saya buat majlis kecil-kecilan sahaja dengan menjemput ahli keluarga dan rakan-rakan rapat,” katanya.

Dia berkata demikian kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis tayangan program raya Astro yang diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ain sebelum ini telah dirisik oleh keluarga teman lelakinya, Amirul Hafiz pada 18 April lalu.

Pelakon itu turut mendedahkan dia bakal menamatkan zaman solonya pada awal bulan Disember ini kerana tidak mahu bertunang dalam tempoh yang lama.

“Pada awalnya memang kami rancang nak kahwin tahun depan, namun bila fikir balik kenapa nak lambatkan benda baik. Jadi setelah berbincang, kami dah tetapkan majlis pernikahan diadakan pada Disember ini. Lokasi masih belum ditetapkan kerana kami masih mencari tempat yang sesuai.

“Buat masa ini, kami belum sempat pergi kursus kahwin disebabkan kesibukan kerja. Bagaimanapun, saya rasa teruja nak pergi bersama-sama Amirul nanti,” katanya lagi.

Ain dan Amirul, 26, yang merupakan seorang ahli perniagaan menjalinkan cinta sejak setahun lalu.

Selebriti ini Ain juga pernah dikaitkan bercinta dengan adik Elfira Loy, Ahmad Ezzrin Loy, namun hubungan mereka putus pada hujung tahun 2017. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend