Rancangan TVTV

Aina Abdul Tepati Ramalan, Jamal Abdillah & Ziana Zain Kembali Ke Pentas AJL38

Saingan separuh akhir Muzik Muzik Ke-38 (SFMM38) menyaksikan Aina Abdul menepati ramalan apabila  lagu nyanyian dan ciptaannya, Jangan Mati Rasa Itu layak ke pentas Anugerah Juala Lagu Ke-38 (AJL38).

Lagu tersebut merupakan antara salah satu lagu yang terpilih daripada 29 lagu yang bersaing di SFMM 38 yang berlangsung petang tadi.

Selain itu, turut mencuri tumpuan apabila dua penyanyi otal iaitu Datuk Jamal Abdillah dan Ziana Zain akan turut bersaing di pentas AJL38 yang akan berlangsung nanti.

Jamal Abdillah akan beraksi di AJL38 menerusi lagu Kucuma berduet bersama Wany Hasrita, manakala Ziana Zain pula berduet dengan Hasif Upin untuk lagu Waktu.

Dalam pada itu, lain penyanyi yang turut mencuri tumpuan adalah Aisha Retno (Sutera), Masdo (Inilah Jalannya), Amir Jahari (Hasrat) dan Naqiu (Santai) yang akan membuat kemunculan sulung di pentas AJL. – KopiPlanet.com

SENARAI LAGU YANG LAYAK KE PENTAS AJL38

LAGUPENYANYIKOMPOSERPENULIS LIRIK
Jangan Mati Rasa ItuAina AbdulAina AbdulAina Abdul
Bintang Hael HusainiHael HusainiHael Husaini
SuteraAisha RetnoAisha Retno & MFMFAisha Retno
HasratAmir JahariAmir JahariAmir Jahari
Inilah JalannyaMasdoNoh Salleh Noh Salleh
DarahMarsha MilanNaim Daniel & Firdaus RahmatNaim Daniel & Firdaus Rahmat
WaktuHasif Upin &Ziana ZainIqie Hugh, John Jeeves & Firdaus RahmatIqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat
AstanaErnie ZakriOmar K, Shazriq Azeman, Ernie Zakri & SyamelOmar K, Shazriq Azeman, Ernie Zakri & Syamel
Kucuma Wany Hasrita & Dato’ Jamal AbdillahA.Ramlee & Ezra KongA.Ramlee & Ezra Kong
Kalam Shiha Zikir Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus RahmatIqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat
Selagi Ku AdaKhai Bahar & Nabila RazaliAmyleaAmylea
Santai Faizal Tahir (Dinyanyikan oleh Naqiu)Faizal TahirFaizal Tahir
Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button