• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Aisyah Aziz Kembali Dengan Karya Baharu Yang Lebih Segar

Penyanyi kelahiran Singapura, Aisyah Aziz kini kembali dengan single terbaharu berjudul, Bila Entah yang merupakan hasil ciptaan komposer duo hebat, Ezra Kong dan Hael Husaini.

Bila Entah mengisahkan tentang seorang wanita yang telah ditinggalkan kekasihnya namun dia masih meletakkan harapan yang tinggi untuk mendapatkan lelaki itu kembali.

Buah tangan terbaharu daripada adik Aliff Aziz ini juga turut hadir bersama sebuah muzik video yang dilihat setaraf produksi antarabangsa dan setakat ini, video tersebut sudah pun mendapat lebih daripada 240,000 tontonan.

Bila Entah kini sudah boleh didapati menerusi pelbagai aplikasi penstriman muzik seperti Spotify, Raku, Joox dan Apple Music sejak 25 Januari lalu. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Aisyah Aziz

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend