EventHiburan

Akim, Hazama, Tomok & Black Bergabung Dalam Konsert 4G’s

Kehangatan tahun 2020 bakal diserikan dengan konsert yang menggabungkan empat penyanyi lelaki terkenal tanah air iaitu Akim Ahmad, Hazama, Tomok dan Black menerusi konsert berskala besar, Konsert 4G’s.

Dinamakan sebagai Konsert 4G’s, paduan empat suara dengan tagline ‘Gabungan Melodi Terindah’ itu juga boleh disifatkan sebagai quartet terhebat yang pertama kali dipersembahkan dalam sebuah konsert di Malaysia.

Konsert 4G’s bakal diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 17 dan 18 April depan.

Penganjurnya, Belbis Sdn. Bhd berkata pemilihan empat penyanyi ini adalah disebabkan keunikan vokal yang dimiliki mereka selain mempunyai kelompok peminat yang tersendiri.

“Idea menggabungkan empat atau tiga vokalis dalam sesebuah konsert memang tidak asing, kami masih fokuskan terhadap persembahan solo setiap artis, cuma ada segmen duet beramai-ramai. Itu pun tidak banyak.

“Untuk Konsert 4G’s, konsepnya lebih terhadap penyatuan keempat-empat penyanyi dalam setiap lagu, semacam quartet dengan keunikan karakter pada setiap penyanyi. Persembahan solo tetap ada, tetapi dalam segmen awal sahaja,” katanya.

Tiket-tiket berharga RM98, RM248, RM348, RM428 dan RM518 mula dijual pada 12 Disember 2019 menerusi www.airasiaredtix.com. Penganjur turut menyediakan tempat duduk istimewa berharga RM988 setiap satu sebanyak 16 seat pada setiap malam persembahan. Hubungi talian 018 2488184 untuk maklumat lanjut. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button