AntarabangsaKpop

Album Blackpink Catat Sejarah No. 2 Paling Laris Di Billboard AS

Baharu sahaja melancarkan album penuh pertama mereka berjudul The Album pada 2 Oktober lalu, kumpulan Blackpink mencipta sejarah apabila album tersebut menduduki tangga kedua carta Billboard untuk album paling laris pada minggu lalu.

Carta Billboard itu diukur berdasarkan jualan album sama ada dalam bentuk fizikal atau digital di serata Amerika Syarikat.

Kali terakhir, kumpulan wanita yang berjaya mengunggguli carta tersebut ialah melalui album Danity Kane berjudul Welcome To The Dollhouse pada tahun 2006.

The Album berjaya terjual sebanyak lebih 110,000 unit sepanjang minggu ia dilancarkan. Ia termasuk album fizikal sebanyak 81,000 unit serta 26,000 streaming atas talian yang menjadikan album mereka antara yang paling laris minggu lalu.

Menerusi The Album, Blackpink yang dianggotai Jennie, Lisa, Rose dan Jisoo turut berkolaborasi dengan penyanyi antarabangsa seperti Selena Gomez dan Cardi B. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button