• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Ali Puteh Teruskan Perjuangan MLM Demi Kos Perubatan Anak

Pelawak Ali daripada kumpulan Puteh menjelaskan dia terpaksa mengagahkan diri beraksi di pentas Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM 2019) walaupun berdepan dengan ujian getir apabila anak keduanya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang menghidap penyakit injap jantung terbalik masih dalam keadaan koma selepas menjalani pembedahan sejak seminggu lalu.

Menurut Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dia hanya kuatkan semangat untuk meneruskan perjuangan demi memikirkan hal kewangan bagi menanggung kos perubatan anak bongsunya yang dipanggil Adik. Ainul dilahirkan pada 6 Ogos lalu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

“Sebenarnya, agak sukar untuk saya bahagikan masa. Saya memang tak boleh bagi fokus sebab teringatkan Adik. Masa nak buat persembahan saya jadi serba tak kena tapi abang saya, Abam Bocey suruh saya bertenang dan istighfar. Dia cakap lepaskan lima minat buat persembahan lepas itu baharu fikir balik (masalah Adik).

“Saya fikir ketika itu duit, Adik, duit, Adik. Ini adalah kerjaya dan punca rezeki saya. Kalau saya tidak buat persmebahan, saya tiada gaji. Kalau saya tiada wang, saya tiada duit untuk bayar kos perbuatan Adik,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Berkongsi perkembangan terbaharu anaknya, Ali berkata buat masa ini anaknya masih lagi dalam keadaan tidak sedarkan diri dan doktor menjangkakan perkara itu mungkin berlarutan sehingga tiga minggu.

“Pembedahan anak saya berlangsung selama 12 jam dan doktor cakap masa itu keadaan anak saya 50-50 tapi mereka sedaya upaya usaha. Bagi saya, keaadan anak saya bukan kritikal sebaliknya sangat-sangat kritikal. Doktor cakap selalunya kalau pembedahan sebegini, baby akan sedar dalam masa empat hari kemudian.

“Anak saya masih tidak sedar lagi dan doktor jangka dalam masa dua atau tiga minggu lagi dia akan dikomakan untuk mengawasi pergerakan kesihatannya.

“Saya dan isteri sekarang menyewa sebentar di kawasan berdekatan Hospital Serdang. Saya tinggal di Gombak kalau jadi apa-apa kecemasan, ia agak jauh sebab itu kami menyewa sekejap di kawasan berhampiran hospital.

“Kalau ikutkan semua ibu bapa tak boleh nak terima kenyataan (anak sakit). Sekiranya jadi sesuatu benda yang kita tak boleh nak jangka, saya tak tahu saya boleh terima atau tidak.

“Selalu saya tengok jadi kat anak orang lain bila jadi pada anak saya saya rasa macam putus asa. Sampai satu tahap saya cakap ‘aku tak boleh hadap ini’. Saya bagi anak saya dengan matanya terbuka, pulang pada saya, dia kaku,” luahnya sayu.

Ali dan isteri, Melati Fitri Abdullah turut mempunyai seorang lagi cahaya mata, Sharifah Nur Aaira Qaireenrusia yang kini berusia dua tahun. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend