Cerita ArtisHiburan

Alif Satar Teruja Hasrat Berduet Dengan Raihan Jadi Kenyataan

Penyanyi Alif Satar melahirkan perasaan terujanya apabila impian di zaman kanak-kanaknya untuk berduet dengan kumpulan nasyid no.1 negara, Raihan akhirnya menjadi kenyataan.

Bagi kumpulan Raihan yang dianggotai Che Amran Idris, Abu Bakar Md Yatim dan Amran Ibrahim, mereka melihat kolaborasi dengan Alif ibarat bulan jatuh ke riba kerana Alif merupakan artis muda yang mempunyai imej yang bersih dan sesuai untuk digandingkan bersama mereka.

Menurut Alif, dia mula meminati Raihan sejak dirinya berusia 6 tahun apabila ibu bapanya membawa bersama kaset kumpulan itu dan sentiasa memainkan lagu-lagu mereka ketika mereka menetap di London suatu masa dahulu.

Untuk kolaborasi mereka, lagu Sesungguhnya dipilih kerana melodi dan liriknya yang sesuai untuk diketengahkan pada masa kini. Sesungguhnya 2019 mendapat olahan baharu daripada The Locos, Efry dan Tam Cobain serta iringan seruling oleh Faliq dan Yuri sebagai pemain drum.

“Lagu-lagu dakwah ini tidak akan pudar ditelan zmaan malah ia sering menjadi siulan tambah-tambah lagi ketika seluruh umat Islam sedang menyambut bulan Ramadan,” kata Alif.

Sesungguhnya 2019 sudah boleh didapati menerusi semua aplikasi penstriman muzik bermula hari ini.

Sejak muzik videonya dimuat naik pada awal pagi tadi, ia telah mencatatkan lebih 80,000 kali tontonan daripada peminat mereka.

Dalam perkembangan lain, Alif bakal mengadakan persembahan amal bagi mengutip dana untuk Pertubuhan Komited Malaysia pada 17 Mei ini yang akan berlangsung di Bora Ombak, Putrajaya bermula jam 4 petang.

Meja berharga RM3,000 bagi kerusi silver, RM6,000 kerusi Gold & RM9,000 kerusi Platinum. Raihan juga diundang sebagai artis jemputan untuk persembahan amal ini dan buat pertama kalinya mereka akan mempersembahakan lagu Sesungguhnya 2019 di hadapan umum. Sebarang pertanyaan mengenai persembahan ini boleh hubungi hotline 011-56866963. – KopiPlanet.com



Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button