Cerita ArtisHiburan

Aliff Aziz Kantoi… Kali Ini Ditangkap Khalwat Dengan Pelakon Wanita Di Sebuah Kondominium Mewah

Awal pagi tadi, satu serbuan telah dilakukan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang berjaya menangkap khalwat pelakon lelaki dan wanita bersedudukan di dalam sebuah kondominium mewah.

Menerusi laporan Harian Metro, difahamkan pelakon dan penyanyi yang juga berstatus suami kepada penyanyi terkenal itu sedang menjalani penggambaran sebuah drama bersama pelakon wanita tersebut.

Ketika pegawai penguatkuasa tiba di kondo berkenaan, mereka disyaki berkhalwat, malah difahamkan pelakon lelaki itu  sudah beberapa kali dilihat memasuki rumah pelakon wanita itu,

Menerusi laporan itu lagi, pelakon dan penyanyi lelaki tersebut juga pernah bercerai dengan isterinya namun mereka berjaya merujuk semula.

Tidak cukup dengan itu, pelakon ini juga sudah beberapa kali didakwa curang dan terpalit menjalinkan hubungan dengan selebriti lain.

Terkini, identiti pelakon terbabit sudahpun dikenal pasti iaitu Alif Aziz, suami kepada Bella Astillah. 

Lebih menguatkan lagi dakwaan, identiti tentang pelakon dibuktikan selepas Bella dilihat hadir ke pejabat agama awal pagi tadi. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button