HiburanSelebriti

Aliff Syukri Buat Kejutan, Serahkan Semua Duit Hasil IG Review Kepada Ibunya

Usahawan selebriti terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri membuat kejutan dengan menyerahkan semua duit hasil IG Review yang dilakukan kepada ibunya iaitu Bonda Rozita.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Aliff menerusi video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

“Dialah syurga saya, saya dah kurang tempat nak bermanja.. saya takde abah dah, bagi saya yang mana ada orang tua berbakti la selagi kita mampu, tak kisah banyak mana duit yang kita ada. Tapi yang penting kita bagi dengan ikhlas semampunya kita.

“Kadangkala saya percaya duit bukan segala-galanya kalau kita ada rezeki bagilah x banyak sikit.. Kalau kita boleh menolong dari segi merenggankan beban ataupun sebagainya,” tulisnya.

Menurut Aliff, apa yang dilakukan ini adalah kerana mahu membalas jasa ibunya sehingga dia meraih kejayaan seperti sekarang.

“Apa pun semoga pemberian ini memberi memori terindah untuk mak saya ketika dia hidup dan saya sendiri pun tak tahu nak balas ap untuk jasa dia. Waktu kecik2 dia terlalu banyak berjasa dengan saya.

“Dia lah punca saya ada hari ini dengan doa dia @bondarozitaibrahim tq makk You are the best mother in the world I love you so much. Jom amin kan semoga kalian yang aminkan juga mampu memberikan sedikit sebanyak untuk orang yang tersayang,” ujarnya.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button