AdvetorialKongsi

Aliff Syukri & Izara Aishah Jalin Kolaborasi Menerusi Koleksi Beg Tangan ‘AS X Izara’, Tawar Hadiah Kereta Kepada Pembeli Bertuah

Setelah berjaya mencatat rekod Jualan Bag Tangan RM1 Juta Terpantas Menerusi Platform Penstriman Langsung dalam Malaysia Book of Records dan kolaborasi dengan Sally Whoo tahun lepas, jenama beg tangan AS sekali lagi bakal mencipta fenomena baharu dengan kolaborasi bersama Izara Aishah.

Menampilkan empat koleksi eksklusif iaitu Bolaia, Belta, Bucket & Moola, kesemua koleksi rekaan ini dipilih sendiri oleh Izara Aishah.

Menurut Dato’ Sri Aliff Syukri yang merupakan Pengasas Beg AS, koleksi beg tersebut akan dijual sekitar harga RM75 – RM85 sahaja dengan rekaan eksklusif dan mewah tetapi dengan harga yang mampu dimiliki oleh semula lapisan masyarakat Malaysia.

Tambahan lagi, bagi menghargai sokongan pembeli tegar jenama beg selama ini, Pemenang Seller Terpaling Popular APBH Ke-37 itu juga mengumumkan akan memberi ganjaran sebuah kereta Perodua Bezza kepada pembeli bertuah yang membeli beg tersebut semasa sesi pelancaran di platform penstriman langsung pada 25 Januari 2026 pukul 8:00 malam menerusi platform akaun TikTok Shop @papalarisofficial.

Pembeli yang membuat pembelian koleksi Izara x AS pada malam tersebut secara langsung berpeluang melayakkan mereka menyertai cabutan bertuah bagi memenangi kereta Perodua Bezza. Cabutan akan dibuat pada 31 Januari 2026 pada pukul 8:00 malam dan pemenang akan diumumkan pada malam tersebut.

Pembeli yang telah membeli pada sesi penstriman langsung pada 25 Januari perlu menonton sesi live pada 31 Januari nanti bagi mendapatkan kata kunci kepada pembeli bertuah yang dihubungi secara langsung.

Ini merupakan kali pertama jenama beg tempatan di Malaysia menawarkan hadiah berupa sebuah kereta kepada pembeli bagi menghargai sokongan dan kepercayaan yang diberikan selama ini kepada jenama AS.

Selain daripada hadiah utama kereta, setiap pembeli yang membuat pembelian pada malam 25/1 tersebut juga akan mendapat keychain exclusive koleksi Izara x AS dan tumbler. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button