HiburanSelebriti

Aliff Syukri Mahu Jual Rumah Miliknya Di Pavilion Dengan Harga RM6 Juta

Usahawan kosmetik dan selebriti popular, Datuk Seri Aliff Syukri menyatakan dia mahu menjual sebuah rumah miliknya yang teletak di pusat membeli belah terkenal Pavilion.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Aliff memberitahu dia mahu menjual rumah berkenaan dengan harga RM6 juta.

“Saya Nak jual rumah ni. Cantik tak rumah saya ni!? Kalau cantik cuba korang komen kat bawah Cantik!Cantik!Cantik! Maaf terpaksa sekeping sbb nak target pelanggan oversea.

“Rumah ni saya nak jual dengan harga yang berpatutan hanya RM6 juta sahaja fully furnished dan kalau korang nak sewa dengan harga RM18k sahaja… I sewa rm20k… Siapa cepat dia dapat,” tulisnya.

Menurut Aliff, harga yang ditawarkannya itu agak murah, cantik dan terletak ditingkat yang agak tinggi serta boleh melihat pemandangan di Kuala Lumpur.

Menerusi video tour rumahnya, usahawan itu memberitahu rumah tersebut mempunyai empat buat bilik dan empat buah bilik air.

Selain itu, kediaman tersebut turut dilengkapi kemudahan lain seperti dua petak parking, gymnasium, sauna, gelanggang tenis dan kolam renang.

“Nak pergi Pavilion turun lift terus sampai nak pergi butik LV ke GUCCI pun dekat je.

“Tag kawan korang yang suka duduk Kuala Lumpur dan shopping di Pavilion,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button