Cerita ArtisHiburan

Aliff Syukri Mahu Lebih Selektif Dalam Memilih Tawaran Lakonan

Usahawan selebriti terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri menyatakan dia mahu lebih bersikap selektif dalam memilih sebarang tawaran lakonan.

Ujarnya, dia terpaksa berbuat sedemikian memandangkan kebanyakan tawaran lakonan yang diterimanya adalah karektor yang boleh memberi sisi negatif terhadap dirinya.

“Apa yang saya buat ini (berlakon) adalah sebab saya suka. Bukan bermakna setiap tawaran itu saya terus terima atau tolak, sebaliknya saya kena lihat sama ada karakter itu bersesuaian atau tidak.

“Kalau ikutkan setiap bulan saya dapat tawaran berlakon drama, tetapi ada yang sampai tawarkan watak bapa ayam. Jadi saya tidak akan terima untuk watak-watak sebegitu,” jelasnya.

Dalam pada itu, usahawan tersebut mengatakan dia tidak pernah serik untuk berlakon, meskipun filem pertama lakonannya iaitu Badang The Movie dilihat gagal dan mendapat kecaman ramai.

Ujarnya, tiada istilah serik untuk dia meneruskan lakonan dan beranggapan dia adalah sekadar seorang talent yang dibayar untuk berlakon.

“Selepas filem Badang dahulu, saya masih lagi terus berlakon seperti dalam drama bersiri Toyol Ke London dan memegang watak utama.

“Lagipun saya anggap lakonan ini sebagai hobi kerana ikutkan berapa sahaja yang saya dapat kalau berlakon. Namun, saya ada matlamat kalau ada tawaran yang sesuai saya akan cuba buat,” ujarnya.

Pada masa sama, Aliff juga mengakui pernah dirisik oleh penerbit terkenal iaitu Datuk Yusof Haslam untuk berlakon. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button