• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Aliff Syukri Terkejut Tidak Dapat Sebarang Pencalonan AME 2020

Selebriti usahawan yang juga pelakon, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui berasa sedikit terkejut memandangkan tiada sebarang pencalonan untuk Anugerah MeleTOP ERA 2020 (#AME2020) yang telah diumumkan baru-baru ini.

Menurut Aliff, sebagai antara selebriti yang aktif di semua platform media sosial, dia ada ditanya oleh segelintir pengikut di laman sosial mengenai hal ini.

“Tidak dinafikan memang ada yang bertanya kenapa satu kategori pun saya tidak dicalonkan, namun saya hanya pasrah sahaja.

“Perasaan sedih tu memang ada sebab anugerah ini mampu menjadi platfom yang baik untuk saya,” luahnya.

Pada tahun lalu, anak keempat beliau iaitu Yusoff Al Khardawi telah memenangi anugerah untuk kategori Si Cilik Meletop.

Dalam pada itu, berbicara lanjut mengenai pembukaan kedai D’herbs baru-baru ini di Aeon Bukit Tinggi Klang, Aliff menyatakan dia melihat ia satu lagi pencapaian terbaharu dalam dunia perniagaan buat dirinya.

“Kini kami sudah mempunyai dua buah kedai, salah satunya terletak di Melawati Mall dan satu lagi kami pilih lokasi di Aeon Bukit Tinggi. Memang menjadi impian saya untuk mempunyai outlet D’Herbs di seluruh negara suatu hari nanti.

“Kami menjual hampir 120 produk di bawah jenama D’ herbs dan tentunya yang paling mendapat sambutan Jus Perawan,” katanya.

Bagi pengunjung yang ingin ke kedai D’Herbs yang terletak Aeon Bukit Tinggi Klang boleh ke Lot S02 2nd Floor Aeon Bukit Tinggi. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend