All Star Influencers Award (ASIA) 2026 mencatatkan kumulatif 3.8 bilion tontonan digital sejak 2023, sekali gus membuktikan potensi platform pempengaruh dalam memperluas promosi Malaysia ke peringkat antarabangsa secara digital.
Pengasas ASIA, Dato’ Abd Rahman Soltan, berkata penganjuran tahun ini menghimpunkan 110 pempengaruh dari 20 negara, dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Tourism Malaysia bagi menyokong kempen Visit Malaysia 2026-2027.
“Pencapaian 3.8 bilion tontonan ini membuktikan bahawa kandungan digital mempunyai pengaruh besar dalam memperkenalkan Malaysia kepada dunia, khususnya menerusi keunikan budaya, makanan dan destinasi pelancongan kita.
“Melalui ASIA, kita mahu memanfaatkan kekuatan pempengaruh antarabangsa untuk membawa cerita tentang Malaysia kepada khalayak global dengan cara yang lebih kreatif, autentik dan berkesan.
“Menerusi ASIA, kita membawa pempengaruh antarabangsa meneroka pelbagai destinasi di Malaysia dan berkongsi pengalaman mereka melalui kandungan media sosial. Pendekatan ini membolehkan keindahan lokasi pelancongan, keunikan budaya serta makanan tempatan diperkenalkan kepada jutaan pengguna di seluruh dunia,” katanya.

Kemuncak ASIA2026 menyaksikan Dinda Anwar dari Indonesia dinobatkan sebagai Best Influencer Award, dengan membawa pulang trofi dan wang tunai USD10,000.
Dinda turut memenangi kategori Best Culture Curator, yang menawarkan trofi dan wang tunai USD1,000.
Tempat kedua dimenangi Zulqarnain dari Pakistan, yang menerima trofi dan wang tunai USD5,000, manakala Duc Koi dari Vietnam menduduki tempat ketiga dengan hadiah trofi dan wang tunai USD3,000.
Hadiah disampaikan oleh Dato’ Abd Rahman bersama Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim.
Mengulas kemenangan para penerima anugerah, Dato’ Abd Rahman berkata ASIA terus komited mengiktiraf kreativiti dan kualiti kandungan dalam kalangan pempengaruh antarabangsa.
“Kami mahu ASIA menjadi platform yang mengiktiraf pempengaruh bukan sekadar berdasarkan populariti, tetapi juga kreativiti, kualiti penceritaan dan keupayaan menghasilkan kandungan yang memberi impak kepada audiens.
“Tahniah kepada semua pemenang. Kami berharap pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk mereka terus berkembang, menghasilkan kandungan berkualiti dan membina lebih banyak kerjasama merentasi negara,” katanya.
ASIA2026 menampilkan 13 kategori anugerah yang mengiktiraf kreativiti, kualiti kandungan dan keupayaan pempengaruh mengetengahkan pelbagai perspektif budaya.
Tahun ini, ASIA2026 membawa 110 pempengaruh dari 20 negara antaranya Japan, Korea Selatan, Bahrain, Taiwan, India, Pakistan, Kazakhstan, Uzbekistan, Cambodia, Thailand, Rusia, Filipina, Arab Saudi, Indonesia dan banyak lagi menjelajah ke Johor, Negeri Sembilan, Perak, Kuala Lumpur, Terengganu,Pahang, Langkawi, Penang, Sabah.
Sejak diperkenalkan pada 2023, platform itu telah mencatatkan 3.8 bilion tontonan digital, sekali gus memperkukuh potensinya sebagai medium promosi antarabangsa dan menyokong usaha memperkenalkan Malaysia kepada dunia. – KopiPlanet.com
ASIA2026 – BEST INFLUENCER AWARD
DINDA ANWAR (INDONESIA)
SECOND PLACE – ZULQARNAIN (PAKISTAN)
THIRD PLACE – DUC KOI (VIETNAM)
BEST GOURMET STORY: ZULQARNAIN (PAKISTAN)
BEST NEW MIXED DANCE: GROUP B- PERAK KUALA LUMPUR
BEST CULTURE CURATOR: DINDA ANWAR (INDONESIA)
BEST STORY TELLER: DUC KOI (VIETNAM)
BEST MIXED LANGUAGE: GROUP A, JOHOR NEGERI SEMBILAN
BEST COMEDY MAESTRO: GROUP E, PERAK KUALA LUMPUR
BEST TRANSITION: HERONY (PHILIPINES)
BEST COMPILATION
JOHOR -NEGERI SEMBILAN: AIKAH (MALAYSIA)
PERAK – KUALA LUMPUR: FELICIA (INDONESIA)
TERENGGANU-PAHANG: DURDONA (UZBEKISTAN)
BEST LANGKAWI-PENANG: HAIKAL EQUINO (INDONESIA)
SABAH: RAYMART (PHILIPINES)
BEST DEDICATION AWARD: HAIKAL IRFAN (MALAYSIA)




