AdvetorialKongsi

Alyah Duta Zafesha, Wajah Baharu Zafesha Simply Foundation

Pada tahun ini, jenama produk kecantikkan Zafesha telah melangkah lebih jauh dengan memperkenalkan duta rasmi mereka iaitu Datin Alyah. Lebih membanggakan, Zafesha turut memperkenalkan wajah baharu Zafesha Simply Foundation dengan dua kod warna.

Majlis pelancaran yang berlangsung pada hari ini turut menganjurkan Seminar Zafesha The New Conqueror oleh Sifu Jamal, Sifu Fbads untuk ejen berdaftar.

Pengasas Zafesha, Siti Aisah Muhammad Hamim memberitahu, pelantikan Alyah untuk tempoh 12 bulan sesuai dengan target atau kumpulan sasaran pengguna Zafesha Simply.

“Personaliti beliau sebagai wanita aktif, sentiasa terdedah kepada UV dan pencemaran lain dan sentiasa memerlukan pelindungan kulit wajah turut menjadi faktor utama,” katanya.

Dalam pada itu, pihak Zafesha berharap jenama ini lebih dikenali dan menjadikan rangkaian produk Zafesha Simply sebagai pilihan.

“Kami juga ingin memberi peluang kepada orang yang mencari peluang pekerjaan atau suri rumah untuk menjadi ejen berdaftar- tidak memerlukan modal.

Selain itu, Zafesha akan memberi sokongan pemasaran (iklan di radio, akhbar, TV) dan sentiasa mengekalkan kualiti produk,” katanya.

Antara kelebihan menjadi ejen Zafesha ialah jenama ini ada kepakaran dengan memberi latihan secara dalam talian, kelebihan menjual iaitu komisyen tinggi dan harga tetap (tiada dominasi harga).

Sementara itu, Alyah berkata dia bersetuju untuk dilantik sebagai duta kerana keyakinan terhadap jenami produk berkenaan.

“Sebenarnya saya memang merupakan pengguna produk-produk yang berasaskan kepada organik dan tertarik dengan jenama Zafesha ini.

“Selain itu, sikap profesional mereka juga sewaktu berurusan turut memberikan lebih keyakinan kepada diri saya untuk bekerjasama dalam tempoh setahun,” ujarnya.

Produk Zafesha telah diasaskan oleh pasangan suami isteri iaitu Afizam Abdul Aziz dan Siti Aisha Muhamad Hamim sejak tahun 2015.

Mengenai sejarah produk Zafesha pula, pernah gagal dalam perniagaan dan mengalami kerugian ratusan ribu ringgit tidak mematahkan semangat pasangan suami isteri yang merupakan anak jati Felda Redong, Segamat, Johor untuk bangkit semula dalam perniagaan.

Pengasas Zafesha Networking & Marketing Sdn Bhd (Zafesha Networking) iaitu Afizam Abdul Aziz merupakan bekas penjawat awam dan isterinya, Siti Aisah Muhamad Hamim pula pernah bekerja sebagai jururawat.

Mereka nekad meninggalkan kerjaya tersebut dan tidak pernah berputus asa walaupun gagal setelah mencuba lebih 10 jenis perniagaan sebelum menubuhkan syarikat itu.

Disebabkan persaingan dalam bidang kosmetik, Afizam dan isterinya mengambil keputusan untuk membuat produk bedak asas khas untuk pelanggan yang berumur 35 tahun dan ke atas.

Zafesha Simply (ZS) Foundation diformulakan khas untuk solekan biasa dan digunakan secara harian oleh wanita berumur 35 tahun ke atas.

Selain itu, ia juga merupakan bedak yang boleh membantu mengurangkan jeragat dengan penggunaan kerap dan mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta pengiktirafan sijil halal daripada Jakim. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button