
Amber Heard Cetus Kontroversi Lagi, Kali Ini Dilihat Berak Di Tepi Jalan Kawasan Perumahan
Pelakon popular Hollywood yang terpalit dengan kontroversi, Amber Heard kini dilihat kembali mencetuskan sensasi yang cukup memalukan.
Baru-baru ini, seorang jiran telah berjaya merakamkan perbuatan jijiknya apabila berak di tepi jalan di kawasan perumahannya sendiri.
Apa yang lebih menarik perhatian lagi, rakaman tersebut telah dimuat naik di akaun YouTube jirannya itu yang dikenali sebagai Joseph Morris.
Malah, individu yang merakamkan aksi berkenaan menyatakan ini bukan kali pertama kejadian tersebut berlaku dan Amber akan melakukannya apabila berada dalam keadaan mabuk.
Selain itu, beberapa orang jiran juga mendakwa sering mengalami bau busuk sejak pelakon itu berpindah di kawasan perumahan mereka.
Tidak tahan dengan keadaan berkenaan, penduduk di situ telah melihat sendiri rakaman litar tertutup (CCTV) dan akhirnya punca bau busuk berkenaan terbongkar.
Sebelum ini, bekas suami kepada Amber iaitu Johnny Depp ada memberi kenyataan di mahkamah bahawa Amber pernah berak di atas katil mereka. – KopiPlanet.com